BAGAIKAN SATU JASAD
CUBIT PAHA KANAN,
PAHA KIRI TERASA SAKIT
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a., Nabi s.a.w. bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.”-Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dalam satu
peribahasa melayu pernah menyatakan bahawa cubit paha kanan, paha kiri terasa
sakit. Itu suatu pernyataan untuk menggambarkan betapa akrabnya sebuah
hubungan. Saling melengkapi antara satu sama lain. Senang sama diharungi. Susah
sama pula dilalui. Bagaikan ketika kita ini sakit gigi dan senak perut, maka
seluruh badan akan terasa ngilu dan senaknya.
Sebagai muslim, kita
ini bersaudara. Siapa pun kita, masih dari rumpun yang sama. Sama-sama mengejar
keredhaan Ilahi. Lantas harusnya saling sokong-menyokong. Mana yang miskin
dibantu. Mana yang papa diberi kudrat. Bagi yang kaya , tidak lupa
tanggungjawabnya kepada yang susah.
Di dalam hidup
berkerjaya, kita masih perlu berpegang kepada konsep ‘bagaikan satu jasad’.
Adakalanya sahabat dan teman sekerja punya tanggungjawab mahupun tugasan yang
harus dibantu. Tidak kira kita bertugas di Kementerian, jabatan mahupun di
sekolah. Istimewanya kita ini, apabila dianugerahi Allah sedikit kelapangan dan
kemampuan. Apatah lagi kita ini punya
kemahiran pelbagai. Maka itu mungkin jalan kepada kita beroleh pahala. Lantas,
jangan kita terlalu berkira untuk
membantu teman yang lain.
Ingatlah, setinggi mana
pun jawatan dan pangkat kita, akhirnya nanti hanya kain kapan putih yang akan
membaluti diri. Tiada istimewanya kita di sisi Allah berbanding yang lain melainkan ketaqwaan yang
dimiliki. Allah berfirman di dalam
al-Qur’an berbunyi:
Maksudnya:Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” -al-Hujurat : 13
Lantas, atas dasar
itu, mari kita buang rasa ego dan berkira di dalam tugas. Mari bertindak cara
Rasulullah s.a.w. mengajar kita. Lihat sahaja keakraban sahabat baginda s.a.w. yang
sangat ikhlas dan saling bantu membantu sahabatnya yang lain. Keihlasan sahabat
nabi s.a.w. Abu Bakar r.a. yang menginfakkan hartanya buat memtarabatkan Islam
di muka bumi. Lihat juga bagaimana golongan Ansar dan Mujahirin yang saling
lengkap melengkapi. Apakah tidak cukup untuk kita gambarkan kesatuan hati-hati
mereka? Mereka boleh sahaja mengatakan “aku daripada golongan bangsawan,
sedangkan dirimu berbangsa badwi”. Tetapi ketaqwaan yang dibina menjadi
bagaikan suatu binaan batu-bata yang sangat kuat menyatukan hati mereka.
Maka benarlah
pesanan Baginda s.a.w. dalam hadisnya yang berbunyi:
Ertinya: Daripada
Nu’man bin Basyir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Kemesraan, kasih sayang, dan
saling berbelas, kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu
anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan
merasa panas dan gusar.-Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Tip membantu
rakan dalam tugas:
1.
Ringankan tulang untuk
membantu teman yang yang lain.
2.
Rajin menawarkan
pertolongan sebelum kudrat anda ditagih.
3.
Tidak terlalu berkira
dan meminta-minta balasan sebagai imbuhan.
4.
Jangan mudah merungut
di atas pelbagai tugasan yang diamanahkan
5.
Ingatlah pesanan ini:
kerja itu suatu ibadah.
|
No comments:
Post a Comment