Wednesday, May 2, 2012

BENGKEL NADWAH (NKI), DAN PEMURNIAN KHUTBAH SERTA DOA HARI GURU 2012



Bengkel penyelarasan Modul Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Ia diadakan bagi menyelaraskan modul-modul yang digunakan di peringkat kebangsaan.

Pada waktu yang sama, satu lagi kumpulan panel turut bertungkus lumus untuk memurnikan teks khutbah Jumaat serta doa sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Moga segala jasa baik para panel mendapat ganjaran setimpal dari Allah.

Berikut adalah beberapa foto kenang-kenangan sewaktu program tersebut berlangsung.

Taklimat oleh Ustaz Mohamad Sayuti Omar, Desk Officer

Ustaz Zulfakor Darusa, pernah menjadi tunjang untuk Nadwah Kepimpinan (NKI)

Sesi pembentangan oleh panel setelah penyelarasan dan pemurnian dilaksanakan dengan jaya

Para Panel Pemurnian modul NKI dan Panel Khutbah Hari guru merakamkan gambar kenang-kenangan

 Ustaz Badrul (SPI Perak), Ustaz Ruzain dan Ustaz Hairon (BPI) setelah selesai menyediakan teks khutbah Hari Guru.

 Ucapan dan amanat Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan


No comments:

Post a Comment