Wednesday, August 29, 2012

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55 PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012



MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55 PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012

TARIKH: 30 OGOS 2012 (KHAMIS)
MASA: 2.00-5.30 PETANG
TEMPAT: SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA


Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena kemerdekaan Negera ke-55 Peringkat KPM telah dilaksanakan dengan jayanya. Program tahunan ini diadakan dengan matlamat untuk menyuburkan rasa syukur terhadap nikmat keamanan dan dan kemerdekaan. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ia turut dihadiri oleh Pengarah dan Setiausaha Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wakil-wakil Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia serta Guru Pelatih daripada IPGM Perguruan Islam Bangi turut memeriahkan majlis. Ia turut melibatkan kehadiran guru-guru dan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah. Selain berdoa kepada Allah, para hadirin turut berpeluang mendengar ceramah yang bertajuk "Syukuri Nikmat Kemerdekaan Menurut al-Qur'an dan Sunnah" yang disampaikan oleh Dr Khairul Nizam b Zainan Nazri, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Berikut disertakan gambar-gambar ketika program berlangsung:

Pegawai Meja, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, menyampaikan  perkembangan terkini kepada Tn Pengarah BPI

Kehadiran TKPPM (Operasi Pendidikan) diiringi oleh Pengarah BPI dan Pengarah Jabatan Pelajaran Putrajaya

Ucapan alu-aluan oleh Tn  Pengarah BPI
Doa dipohon agar kesejahteraan dan keamanan terus kekal.


Majlis Bacaan yasin dan Tahlil serta Doa Selamat

Bacaan Yasin dan Tahlil diketuai oleh Ustaz Zulhazmi, daripada IPPI, BPI
Para Pelajar Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya


Ceramah Syukuri Nikmat Kemerdekaan oleh Dr Khairul Nizam Zainan Nazri, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tan Sri KPPM turut hadir dan menyampaikan cenderamata kepada Tuan penceramah 


Cenderamata tanda menghargai kehadiran Y.Bhg Tan Sri KPPM .

Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-55. Moga-moga kita mendapat kerahmatan dan keampunan daripada Allah SWT.










No comments:

Post a Comment