Wednesday, January 2, 2013

PROGRAM TURUN PADANG DAN DAKWAH BIL HAL PDSI

Program Turun Padang Dakwah Bil Hal anjuran Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam telah berlangsung pada 29-31 Disember di negeri Sabah Bumi di Bawah Bayu. Program ini diadakan bagi melihat dengan lebih dekat keadaan dakwah saudara baru di bumi Sabah.

Ia turut disertai oleh Timbalan Pengarah PDSi Ustaz Wan Ramdzan b Wan Mamat. Para pegawai PDSI turut disertai oleh para urusetia daripada Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Ahli rombongan turut berkesempatan untuk bertemu dengan saudara baru di kampung Sarapong, daerah Penampang Sabah. Mereka sedang mengumpul dana untuk pembinaan masjid pertama di daerah tersebut. PEKDIS pusat berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

Kenang-kenangan bersama penduduk Kampung Sarapong Penampang

Ahli rombongan turut sama menjelajahi bumi Sabah terutamanya ke beberapa buah sekolah dalam usaha meninjau persediaan menghadapi sesi persekolahan yang baru. Ia juga kesempatan terbaik untuk meninjau bagaimana program dakwah dilaksanakan.
Lawatan dan pemantauan di SMK Pulau Gaya

Perjalanan dengan bot ke Pulau Gaya

SMK Pulau Gaya, taman di atas air

Pemantauan di SMKA Kota Kinabalu.
Pemantauan di SMKA Tun datu Mustapha

Misi kali ini melihat dengan jelas bagaimana dakwah subur di bumi Sabah. Walaubagaimanapun, masih banyak yang harus dilakukan. Dakwah harus bersifat kolaboratif. Kerjasama dengan pihak berkuasa agama perlu dijalinkan agar dakwah dapat berkembang dengan jayanya.

Tuesday, November 27, 2012

BENGKEL PENGGUBALAN SOALAN DAN BAHAN PERTANDINGAN MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) 2013



Kuala Lumpur-Bengkel Penggubalan soalan Pertandingan dalam MISS 2013 berlangsung di Hotel Brisdale Kuala Lumpur pada 26-29 November 2012. Ia bertujuan bagi menggubal soalan-soalan pertandingan Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS).

Sekumpulan pakar dalam bidang al-Qur'an, Pendidikan Islam, Qiraat berkampung dalam misi menyediakan jaminan kualiti terbaik kepada soalan-soalan yang disediakan.

Moga kualiti  pertandingan MISS 2013 akan  meningkat dengan terhasilnya soalan-soalan bermutu tinggi.

Didoakan para penel yang terlibat dapat menghasilkan soalan-soalan bermutu tinggi selaras dengan hasrat menjayakan MISS.


Sunday, November 25, 2012

BENGKEL PENULISAN DAKWAH ZON UTARA

SUNGAI PETANI-19-21 NOVEMBER-Bengkel Penulisan Dakwah dan Penghasilan Karya Islami Zon Utara telah diadakan di Hotel Aman Pura .

Ia melibatkan para penulis daripada negeri Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Seramai 30 orang peserta terlibat menjayakan bengkel tersebut. Mereka dipilih berdasarkan pencalonan negeri dan berpandukan database penulis GPI Kebangsaan.

Misi kali ini untuk menghasilkan Buku Travelog GPI ke-2. Ia misi menyediakan kisah inspirasi buat tatapan para guru.

Rata-rata peserta bersemangat untuk berkarya apatah lagi setelah mendengar ceramah motivasi penulisan oleh Ustaz Shopuan Anuar dan Ustaz Sahrulazmi Sidek.

Ustaz Shopuan Anuar Ahmad, Ketua Unit Dakwah, SPI Selangor
Ustaz Sahrul azmi Sidek, Penulis Prolifik 



Turut disertai para pegawai dakwah SPI   

Para Ustazah sedang mencari idea

Moga penulisan dakwah akan terus menjadi fokus para daie. Tahniah kepada semua peserta

Wednesday, October 31, 2012

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN DAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIE PERINGKAT KEBANGSAAN 2012




Berani Merancang

Jika kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk gagal.

Atas prinsip itu, warga PDSI berkampung di MITC Permaisuri Melaka dalam rangka melihat kembali pelaksanaan SKT tahunan di samping merancang gerak kerja tahun 2013.



Pelbagai aspek akan dibincangkan demi memastikan apa yang dirancang dilaksanakan sebaiknya. Malah berakhirnya 2012 sebenarnya permulaan untuk 2013 yang lebih gemilang.

Selamat bermuzakarah demi dakwah yang lebih mencabar pada tahun 2013.

Monday, September 24, 2012

KURSUS KUMPULAN INOVASI DAN KREATIVITI (KIK) BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM


Bengkel Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) BPI KPM telah diadakan di Intekma Resort Shah Alam pada 24-26 September 2012.

PDSI diwakili oleh Ustaz Hairon, Ustaz Najah, Ustaz Ruzain Syukur, Ustaz Zamri, Puan Zainab dan Cik Salima.

Kumpulan KIK yang mewakili PDSI dibentuk dan sedang dalam proses mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada aspek pengurusan rekod dan database dakwah. Moga-moga usaha inovasi dan kreativiti ini dapat memantapkan lagi segala usaha dakwah.

Mari kita doakan grup KIK PDSI ini dapat menyiapkan projek inovasinya berkat bimbingan daripada fasilitator.