Web Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Wadah dakwah untuk ummah.
Wednesday, August 29, 2012
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55 PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena kemerdekaan Negera ke-55 Peringkat KPM telah dilaksanakan dengan jayanya. Program tahunan ini diadakan dengan matlamat untuk menyuburkan rasa syukur terhadap nikmat keamanan dan dan kemerdekaan. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ia turut dihadiri oleh Pengarah dan Setiausaha Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Wakil-wakil Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia serta Guru Pelatih daripada IPGM Perguruan Islam Bangi turut memeriahkan majlis. Ia turut melibatkan kehadiran guru-guru dan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah. Selain berdoa kepada Allah, para hadirin turut berpeluang mendengar ceramah yang bertajuk "Syukuri Nikmat Kemerdekaan Menurut al-Qur'an dan Sunnah" yang disampaikan oleh Dr Khairul Nizam b Zainan Nazri, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Berikut disertakan gambar-gambar ketika program berlangsung:
Pegawai Meja, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, menyampaikan perkembangan terkini kepada Tn Pengarah BPI |
Kehadiran TKPPM (Operasi Pendidikan) diiringi oleh Pengarah BPI dan Pengarah Jabatan Pelajaran Putrajaya |
Ucapan alu-aluan oleh Tn Pengarah BPI |
Doa dipohon agar kesejahteraan dan keamanan terus kekal. |
Majlis Bacaan yasin dan Tahlil serta Doa Selamat |
Bacaan Yasin dan Tahlil diketuai oleh Ustaz Zulhazmi, daripada IPPI, BPI Para Pelajar Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya |
Thursday, August 23, 2012
BICARA WAHYU 5/2012-BIAR SAMPAI KE SYURGA
Siri Bicara Wahyu Siri ke-5/2012 telah diadakan pada 6 Julai 2012. Siri kali ini menampilkan Ustaz Zulkefli b Hamat , daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). Topik yang dipilih berkait rapat dengan persoalan pemantapan iman dan hubung kait dengan ibadah sebagai seorang Muslim.
Rata-rata para peserta yang merupakan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat input yang bermanfaat dalam usaha meningkatkan iman dan takwa.
Peserta yang hadir sedang mendengar ceramah yang disampaikan. |
Barisan Ketua Sektor di BPI bersama Tuan penceramah |
Ustaz Zulkefli b Hamat, antara Mursyid Imam Muda Musim ke-2 |
SEMARAK WAHYU FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
SEMARAK WAHYU FESTIVAL NASYID
FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-8 TAHUN 2012 M / 1433 H
KOTA BHARU 28 JUN 2012- Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 tahun 2012 melabuhkan tirainya dalam suasana harmoni dan meriah. Ia berlangsung di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim bermula dari 25 hingga 28 Jun 2012. Pertandingan berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan, Tanjung Chat, Kota Bharu Kelantan. Festival tahunan tersebut dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia . Pada tahun ini, negeri Kelantan dipilih menjadi tuan rumah. Tema Festival Nasyid kali ini ialah al-Qur’an Menjana Transformasi Ummah.
Sebanyak 15 buah pasukan mewakili kontinjen negeri masing-masing bertanding bagi kategori nasyid sekolah menengah. Manakala 15 buah lagi pasukan menyertai pertandingan bagi kategori sekolah rendah. Setiap pasukan telah menampilkan variasi dalam persembahan nasyid tersebut.
Foto: Tuan haji Hussin b Awang sedang menyampaikan ucapan ketika merasmikan Festival Nasyid
Perasmian Festival Nasyid disempurnakan oleh Tuan Haji Hussin bin Awang, Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kesemua kontinjen negeri negeri yang bertanding ke negeri Kelantan.
Antara objektif Festival nasyid ini diadakan ialah untuk menjadikan nasyid sebagai medium dakwah ke arah memupuk minda murid agar mengamalkan cara hidup Islam. Selain itu, nasyid berperanan sebagai alternatif kepada murid untuk menghayati seni muzik yang bersesuaian dengan landasan syarak. Secara tidak langsung, nasyid menjadi media pengajaran dan pembelajaran yang menarik untuk meningkatkan keberkesanan Pendidikan Islam.
Setiap kumpulan mempersembahkan dua buah nasyid. Nasyid pertama berirama tradisional dengan menjadikan tema al-Qur’an sebagai suatu sumber bagi penjanaan transformasi ummah. Manakala nasyid kedua berunsurkan isi sukatan pelajaran Pendidikan Islam KSSR atau KBSM disampaikan mengikut irama kontemporari. Kedua-dua nasyid yang dibawa mempunyai nilai-nilai murni dan akhlak Islami yang bertindak sebagai hiburan alternatif kepada golongan muda. Selain itu ia bertindak sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Gabungan antara perkusi moden dan tradisional mengiringi kehebatan suara harmoni setiap pasukan yang bertanding. Ternyata setiap pasukan memiliki ramuan terbaik dalam memikat hati juri. Persembahan diadili daripada sudut suara, lagu, lirik dan persembahan. Seramai 18 orang hakim mengadili pertandingan kali ini.
Foto: Jemaah hakim sedang melakukan penilaian dan penjurian terhadap persembahan peserta.
WEB PENGURUSAN DAKWAH & SYIAR ISLAM , BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM: AKTIVITI DAKWAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
WEB PENGURUSAN DAKWAH & SYIAR ISLAM , BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM: AKTIVITI DAKWAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012: TAKWIM AKTIVITI DAKWAHPERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 BIL TAR...
Subscribe to:
Posts (Atom)